Power Bank dengan saiz padat ini senang dibawa ke tempat kerja, bersukan, berkelah dan mana-mana sahaja. Ianya boleh digunakan kepada pelbagai peranti elektronik anda seperti smartphone, tablet, pemain mp3, dan lain-lain lagi kerana set power bank ini lengkap dengan pelbagai soket/kepala untuk pelbagai jenis telefon dan alat elektronik lain. Ia dilengkapi dengan 2 slot USB port 5V yang boleh mengecas dua peranti berasingan dalam masa yang sama. Portable Power Bank ini dihasilkan dengan sistem penjagaan yang baik kerana apabila peranti atau alat elektronik dicas sepenuhnya ia secara automatik akan masuk ke dalam mod tidur supaya dapat memelihara bateri dari rosak.
Portable Power Bank Jumper Kereta
Apabila anda berdepan dengan masalah kehabisan bateri kereta atau bateri kereta anda rosak, sudah tentu akan membuat anda panik dan terpaksa meminta bantuan orang lain untuk jumper kereta anda. Bagaimana pula jika tiada sesiapa yang dapat membantu anda atau tiada orang lain yang boleh menolong anda mungkin sebab tiada wayar jumper dan sebagainya. Cara terakhir mungkin anda akan memanggil trak tunda yang akan mengenakan bayaran yang tinggi. Dengan adanya Portable Power Bank serba guna ini, sudah pasti tidak menjadi masalah, anda juga selamat dari pembaziran wang dan hanya beberapa saat sahaja kereta dapat dihidupkan. Bukan sahaja untuk diri anda, tetapi juga anda dapat membantu orang lain yang mempunyai masalah yang sama.Dilengkapi Dengan Lampu LED
Lampu LED dengan Ultra-Terang ini mempunyai 3 mod pencahayaan iaitu lampu flash sekiranya berada dalam gelap dan strob terang untuk menarik perhatian, dan yang paling penting isyarat flash SOS yang bertahan sehingga 120 jam dalam kuasa penuh dan ianya sangat perlu apabila anda dalam kecemasan.
Dihasilkan Dengan Ciri-Ciri Keselamatan
PowerAll Portable Power Bank ini mempunyai pelbagai ciri perlindungan semasa untuk mengelakkan kerosakan litar, juga untuk mengelak dari litar pintas, menjaga dari kerosakan bekalan kuasa, perlindungan daripada kuasa bateri yang berlebihan iaitu perlindungan dari segi lebihan kuasa yang masuk ke dalam alat elektronik anda, bermakna lebihan voltan yang masuk akan distabilkan untuk menjaga peranti anda dari kerosakan.
Cara Penggunaan Powerall Power Bank Untuk Jumper Bateri Kereta
1. Pastikan kapasiti bateri Power Bank anda melebihi 50% (Sekurang-kurangnya tiga lampu pada sisi power bank menyala).
2. Pasangkan wayar jumper ke dalam soket power bank dan dan sambungkan kepada bateri kenderaan anda pada sambungan yang betul.
PERINGATAN 1 :
Semasa melakukan penyambungan wayar jumper, pastikan wayar hitam di sambung pada tombol negatif dan wayar merah pada tombol positis pada bateri kenderaan anda. Elakkan kedua-dua wayar hitam dan merah dari bersentuhan untuk kerana ia boleh merosakkan peranti tersebut dan mungkin kenderaan anda, atau juga boleh mendatangkan kecederaan fizikal kepada anda sendiri sekiranya cuai semasa mengendalikannya.
PERINGATAN 2 :
Jika enjin kenderaan anda tidak dapat dihidupkan pada percubaan pertama, sila tanggalkan sambungan wayar dari bateri dengan serta merta dan tunggu sekurang-kurangnya 10 saat sebelum anda mulakan kembali percubaan seterusnya untuk mengelak dari kerosakan pada power bank atau bateri kenderaan anda. Setelah enjin berjaya dihidupkan, tanggalkan wayar jumper tersebut dengan segera.
Aksesori Yang Dibekalkan
1 x Jump Start Kabel
1 x USB kabel penyesuai
1 x iPhone 30 Pin Plug
1 x Mini USB Plug
1 x USB mikro Plug
1 x LG Plug
1 x Nokia Plug
1 x Samsung Plug
1 x Sony Ericsson Plug
1 x Song PSP Plug
1 x Pengecas AC
1 x DC pengecas
Portable Power Bank ini sangat unik kerana saiznya yang kecil tetapi mampu menghidupkan sebuah kenderaan yang besar. Berbeza dengan The Stanley 500 Amp bateri Jump Starter yang merupakan satu alat bateri jumper yang bersaiz besar yang sesuai disimpan didalam bonet kenderaan. Tetapi power bank ini boleh dimasukkan kedalam poket seluar sahaja dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. PowerAll PBJS12000R Rosso Red/Black Portable Power Bank ini boleh didapati secara online amazon.