Penimbang digital ini direka khas untuk kerja-kerja dapur dan masakan. Penimbang digital ini sangat tepat dan sesuai dalam menentukan sukata sesuatu bahan masakan dengan cara yang mudah. Teknologi sensor yang maju ini mampu memberi ketepatan yang lebih tepat berbanding daripada penimbang manual yang menggunakan jarum. Angka digital yang keluar dengan serta-merta secara automatik membuatkan kerja-kerja memasak kita menjadi lebih cepat.
Saiz Dan Bentuk
Saiz 8.7x7.2x1.4 inci dengan bentuk yang agak kecil sangat sesuai untuk dibawa kemana-mana saja dan senang dialihkan. Permukaan penimbang yang rata sesuai untuk menempatkan bekas atau mangkuk yang sederhana besar dalam keadaan yang stabil. Berat boleh diisi sehingga 5000gram bersamaan 5kilogram pada suatu masa. Walaupun untuk masakan sangat jarang digunakan dengan timbangan bahan sehingga 5kg.
Butang Dan Fungsinya
Penimbang ini mempunyai dua butang automatik, iaitu unit dan tare. Fungsi butang Unit adalah untuk menukar aun contohnya dari gram kepada kilogram. Jika anda menggunakan mangkuk, untuk mengukur berat bahan didalamnya cukup mudah. Dengan fungsi butang Tare, berat mangkuk boleh ditolak secara automatik dan anda akan mendapat berat bersih terpapar terus pada skrin tanpa perlu menolak secara manual.
Penimbang digital ini hanya memerlukan dua biji bateri AAA yang ditempatkan pada permukaan bawah. Boleh didapati secara online di amazon.
No comments:
Post a Comment