Keyboard bluetooth teknologi terkini dihasilkan bagi memenuhi dan melengkapi citarasa pengguna. Keyboard ini direka khas tanpa wayar yang menggunakan bluetooth sesuai untuk iOS, Android, telefon pintar yang lain, Window, pc dan tablets.
Saiz yang agak kecil dan padat ini mungkin menjadi masalah bagi mereka yang suka menaip atau penaip yang cepat, namun ianya bukanlah suatu masalah besar. Penggunaan yang berterusan membuatkan pengguna jadi terbiasa dan akan jadi lebih selesa. Dengan saiz papan keyboard yang nipis dan boleh dilipat ini senang diletakkan didalam poket dan diguna bila perlu.
Kekunci yang berprofil rendah melengkung memberi keselesaan pada hujung jari dan dengan pergerakannya yang senyap menyebabkan penggunaan lebih selesa.
Ianya terbina dengan bateri Li-polimer yang boleh dicas semula. Kekuatan bateri dikatakan mampu bertahan sehingga 60 jam penggunaan.
Rekaan keyboard yang boleh dilipat sekecil smartphone bersaiz sederhana memudahkan pengguna membawa kemana-mana sahaja. Rekaan ini adalah antara yang terbaik pernah saya temui.
Jelas pada butang menunjukkan keyboard ini menyokong 3 sistem operasi iaitu android, windows dan iOS. Keyboard bluetooth ini jarang ditemui di mana-mana kedai aksesori komputer tetapi ianya boleh didapati di amazon.com.
Nota Penting
- Keyboard bluetooth ini tidak sokong win 8 mobile, namun untuk windows lain tiada masalah setakat ini.
- Untuk android 4.4, butang "Caps Lock" mungkin tidak menyala tetapi masih berfungsi seperti biasa.
- Papan kunci secara automatik akan bertukar kepada mode penjimatan kuasa jika 10 minit tidak digunakan. Dan hanya mengambil masa 2-3 saat sahaja untuk kembali aktif dengan menekan mana-mana butang kekunci.
No comments:
Post a Comment