Hiasan dapur sangat penting kerana disitulah tempat kita memasak dan juga tempat kita makan. Persekitaran dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih untuk keselesaan sepanjang kita berada di dapur. Antara hiasan dapur yang paling utama yang memain peranan dalam menentukan keselesaan ialah langsir dapur.
credit foto: skonahem-static-cdn.bonnierdigitalservices.se, www.wom.my, sayamahukawin, zuera11, bathroomwindowcurtains.net, faina7748.files.wordpress.com,
Warna Langsir Menentukan Keluasan Dapur
Sebenarnya pemilihan warna langsir sangat penting dan memain peranan dalam menentukan keluasan dapur, 'pada pandangan kita'. Contoh, langsir yang bewarna gelap dipasang pada tingkap ruangan dapur yang kecil. Sudah tentu ianya tidak sesuai, kerana pada ruangan yang kecil seharusnya dihiasi dengan warna-warna yang cerah dan terang supaya nampak lebih luas dan selesa. Begitu juga pada corak langsir, design langsir, ketebalan kain langsir, semuanya memain peranan masing-masing.
Buat pemilihan langsir dapur anda dengan teliti, dapatkan langsir yang sesuai dari segi warna, corak, rekaannya dan harga yang bersesuaian dengan kemampuan. Cadangan saya untuk lebih menjimatkan, belajar buat langsir sendiri atau jahit langsir sendiri. Sekarang cukup ramai anak muda yang mempunyai kemahiran dalam jahitan pakaian termasuk langsir. Ramai juga yang share di media-media sosial dan blog bagaimana cara-cara jahit langsir yang diterangkan secara tutorial dan mungkin juga dalam bentuk video.
No comments:
Post a Comment