iRobot Roomba 650 Vacuum, Robot Vacuum Pembersih Habuk, Serpihan Bijirin dan Bulu Haiwan Dalam Rumah

IROBOT ROOMBA 650 Vacuum Cleaning Robot atau senang disebut sebagai Robot Vacuum merupakan alat pembersih habuk, serpihan bijirin dan bulu haiwan peliharaan untuk kegunaan dalam rumah. Penjagaan kebersihan dalam rumah sangat penting terutamanya demi menjaga kesihatan kita sekeluarga. Debu habuk dan bulu haiwan terutamanya juga boleh membawa kepada pebagai penyakit antaranya sesak nafas yang mana ianya melibatkan organ pernafasan kita iaitu paru-paru. Begitu juga dengan bulu haiwan peliharaan seperti kucing yang boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit asma dan mereka yang alergi. Jangan hanya memikirkan untuk diri kita, malah fikirkan juga untuk orang lain seperti tetamu dan mungkin ada diantara mereka yang mengidap asma yang mana memerlukan oksigen dari udara yang bersih. Jika tidak, ia mungkin boleh memudaratkan lagi penyakit yang dihidapinya. Robot Vacuum adalah cara penyelesaian yang paling mudah dalam mengatasi masalah ini.

The ROOMBA 650 Vacuum Cleaning Robot atau robot vacuum memberikan kebersihan secara menyeluruh hanya dengan menekan satu butang yang tersedia. Sistem pembersihan merangkumi 3-peringkat antaranya, menyedut debu, bulu haiwan peliharaan dan serpihan besar seperti bijirin dan lain-lain. Penggunaannya juga cukup mudah kerana ia mampu bekerja dengan sendiri tanpa memerlukan tenaga manusia. Alat ini direka khas untuk membantu suri rumah atau isteri dalam menyiapkan kerja-kerja rumah seharian. Dengan adanya Robot Vacuum ini, beban kerja isteri dirumah dapat dikurangkan.

Penjadualan yang mudah
Roomba Robot Vacuum boleh menetapkan penjadualan untuk vakum sehingga tujuh kali seminggu bermakna rumah anda akan kekal bersih setiap hari secara automatik dan sentiasa bekerja seperti mana yang anda mahukan. 

Mengecas Sendiri
Roomba Robot Vacuum sentiasa bersedia dengan tenaga bateri yang cukup untuk melakukan kerja seperti yang diarahkan kerana ia secara automatik akan kembali ke Home Base iaitu tempat mengecas tenaga apabila memerlukan. 

>>iRobot Roomba 650 Vacuum Cleaning Robot<<



Bagi memastikan keseluruhan lantai dalaman rumah bersih, anda perlu memastikan bahawa setiap pintu bilik sentiasa terbuka supaya membolehkan Robot Vacuum masuk melakukan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh. Tetapi harus diingat, pintu yang secara tidak sengaja tertutup menyebabkan Robot Vacuum terperangkap kerana ia tidak direka untuk membuka pintu yang tertutup. Jadi, pastikan anda meninggalkan Roomba Robot Vacuum mudah melakukan tugasnya dalam keadaan yang anda mahukan.

Pada permulaan anda menggunakan Robot Vacuum mungkin anda perlu lebih kerap memeriksa tong sampah khas yang disediakan dalam robot vacuum itu kerana anda masih belum jangka tahap kekotoran habuk dan bulu haiwan dalam rumah anda. Mungkin dalam 1-2 jam tong sudah penuh jika sampah yang dipungut berlebihan. Apabila anda sudah tahu dan jangka semua itu, anda boleh menetapkan jadual masa pemeriksaan tong robot vacuum anda.

Roomba Robot Vacuum ini bukan sahaja boleh membersihkan lantai tetapi juga karpet, sofa dan memastikan tiada bulu-bulu haiwan dan rambut di mana-mana penjuru. Roomba adalah mesin pintar yang melakukan kerja pembersihan tanpa pengawasan. Roomba mampu melalui celah celah kaki meja dan kerusi serta disekitar ruang tamu dan dapur.

Kesimpulan yang boleh dibuat, penggunaan Roomba Robot Vacuum sangat berguna kerana anda tidak perlu risau tahap kebersihan di rumah anda walaupun anda mempunyai haiwan peliharaan berbulu yang ramai. Manusia memerlukan rehat yang cukup untuk kembali memulakan sesuatu pekerjaan, begitu juga dengan Roomba. Tetapi apa yang menarik, Robot boleh disetkan seperti yang kita mahukan dan ia akan melakukan kerja tanpa rasa bosan dan alasan. Jadi, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan Roomba Robot Vacuum sepanjang masa walaupun anda sudah mempunyai seorang pembantu rumah.

iRobot Roomba 650 Vacuum Cleaning Robot boleh didapati di mana-mana kedai terpilih dan paling senang sila dapatkan secara online DISINI
















No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.