Kurung Najwa adalah Baju Kurung pilihan remaja masa kini

Pemakaian baju kurung melambangkan keaslian gadis melayu. Pelbagai design atau rekaan baru baju kurung yang kini diubahsuai dengan kreativiti pereka fesyen tanah air. Semakin rumit rekaan baju itu, semakin tinggi nilainya, dan bergantung kepada jenis kain yang digunakan.


Baju Kurung Najwa merupakan rekaan baju kurung yang desesuaikan dengan pilihan remaja masa kini. Rekaan kurung najwa seiras baju kurung moden yang terhasil dari kreativiti pereka fesyen ternama. Baju kurung najwa boleh didapati di sweetmuslimah iaitu kedai online pakaian muslimah.

Di SweetMuslimah, anda tidak perlu risau akan kesilapan saiz kerena mereka membenarkan penukaran barang mengikut prosedur mudah yang disediakan jika berlaku sebarang kesilapan setelah anda menerima barang yang dihantar.


Antara Kelebihan Kurung Najwa


✔ Top & Skirt satu set.
✔ Material Premium Grade Korean Lycra

✔ Sejuk, Lembut dan Selesa Sgt2.

✔ Lengan berbutang.(Whudu Friendly)

✔ Leher berbutang.(Nursing Friendly)
✔ Jahitan sangat Kemas.(Tidak Mengecewakan)
✔ Sangat selesa dan sedap dipakai(Terjual lebih 500 pasang)













Kepada mereka yang berminat untuk dapatkan baju kurung najwa dan rekaan muslimah yang lain boleh layari www.sweetmuslimah.com.

Jubah Muslimah murah dan cantik 100% Cotton

Jubah muslimah design ini sangat popular dikalangan remaja masa kini. Kain yang digunakan kelihatan agak tebal tetapi lembut dan semestinya 100% cotton .


Design ini mungkin boleh didapati dimana-mana pasaraya atau butik-butik diluar sana,tetapi adakah materialnya sama?. Harga juga pasti berbeza-beza. Dari penelitian saya, Sweet Muslimah salah satu portal shopping pakaian muslimah yang menawarkan harga yang sangat berpatutan.



Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan jubah muslimah design ini dan pelbagai lagi design lain serta pakaian muslimah, sila layari laman web ini >> sweetmuslimah.com

Belajar Cara Jahit Langsir sendiri di rumah adalah lebih menjimatkan

Kebanyakan orang, setiap tahun mesti kena tukar langsir baru supaya nampak kelainan suasana dalam rumah. Biasanya langsir ditukar setiap tahun iaitu menjelang hari raya. Bagi mereka yang berkemampuan, soal duit semestinya tidak menjadi masalah asalkan suasana rumah mereka cantik. Tetapi bagaimana pula dengan kita yang kurang mampu, juga mahukan kelainan, lagi-lagi hari raya yang disambut setahun sekali.

Apa kata kita buat langsir sendiri atau jahit langsir sendiri. Sudah tentu lebih jimat dan tidak perlu keluarkan belanja yang besar. Design langsir juga ikut citarasa kita sendiri dan semestinya puas hati. Bila sudah pandai jahit langsir sendiri, maka tiada masalah untuk tukar langsir setiap tahun walaupun kurang mampu.

Mula-mula kita belajar cara buat langsir yang ringkas dulu, bila sudah pandai kita buat pula design yang lain. Jom tengok contoh langsir biasa[ringkas] hasil tangan Rohimah Design yang hanya memerlukan modal yang kecil.


Hiasan langsir untuk 2 pintu bilik.



Hiasan langsir tingkap.

Kos untuk membuat langsir tidaklah begitu tinggi, bergantung kepada harga kain yang kita pilih. Contoh hiasan 1 langsir tingkap ini modalnya dalam lingkungan rm30 sahaja.

Tempahan Jubah Muslimah Mengikut Design Pelanggan

Ini salah satu jubah design yang telah kami hasilkan. Design jubah ini lebih ringkas, dan sesuai untuk mereka dalam lingkungan umur 35-55 tahun kerana potongannya agak longgar dan lebih selesa dipakai. Panjang kain yang diperlukan untuk menyiapkan sehelai jubah dewasa sama juga seperti jubah-jubah kami yang lain iaitu 3.5-4.5 meter.

Harga upah jubah sebegini cukup murah, hanya rm45 sahaja. Melainkan jika pelanggan ingin ubahsuai lagi untuk kelihatan lebih menarik, maka kami akan nilai balik harga yang berpatutan dengan design yang diinginkan.




Jika berminat, boleh segera hubungi kami di talian 0166720389, whatsapp/sms juga diterima. Terima kasih.

Kemeja Lelaki Slim Fit Doublju

Ini adalah salah satu design terbaru kemeja lelaki yang dikeluarkan atas jenama DOUBLJU. Kemeja lelaki design ini lebih mendapat sambutan kerana rekaannya lebih moden dengan potongan slim fit. Potongan kemeja design ini tidaklah begitu rumit cuma sedikit kelainan pada poket.

Sehingga kini, kami "Rohimah Design" cuma ada satu design sahaja untuk kemeja lelaki kain cotton. Boleh lihat di link ini >> kemeja cotton ..








Kelihatan kain yang digunakan jenis cotton yang berkualiti dan mungkin sesuai dengan harga yang dipamerkan. Harga sekitar $26.99 - $28.99 USD di amazon.com.




Kepada mereka yang berminat untuk dapatkan kemeja ini boleh terus klik link ini >> Doublju Mens Dress Shirt with Contrast Neck Band CHARCOAL (US-L) atau masuk amazon.com.

Rohimah Design is a participant in the Amazon Services LLC Associates Program, an affiliate advertising program designed to provide a means for sites to earn advertising fees by advertising and linking to amazon.com, myhabit.com.

Jubah Muslimah Leher Mahkota

Jubah muslimah dengan leher mahkota. Potongan jubah seperti ini tidak jauh beza dari jubah-jubah design kami yang lain, cuma sedikit kelainan pada potongan leher. 



Bahagian bawah dijahit bunga sulaman. Bunga sulaman mudah didapati di kedai-kedai yang menjual alatan jahitan. Biasanya harga bunga sulaman seperti ini hanya rm12 semeter. Cuma harga manik bulaci ini agak mahal tetapi bergantung kepada pemakai, lagi banyak bunga lagi banyak kena keluarkan modal.





Sehelai jubah design ini tanpa manik dan bunga sulaman, kami hanya ambil upah rm55 sahaja dan tidak termasuk kain. Harga ini mungkin berubah-ubah bergantung kepada pasaran semasa.. 


Saiz kaf tangan bergantung kepada kehendak pelanggan, ada yang suka kecil ada juga yang lebih suka besar. Untuk dapatkan harga istimewa dari kami, sila sms/whatsapp/call 0166720389..Terima kasih.

Jubah Muslimah Slim Fit

Jubah muslimah slim fit seperti dalam gambar dibawah biasa digemari oleh gadis-gadis atau remaja. Mereka lebih suka jubah yang fit ikut badan. Bahagian lengan agak sendat hingga ke pergelangan tangan.




Potongan dan jahitan jubah design ini agak ringkas. Zip belah belakang dan leher biasa seperti leher baju kurung. Seperti biasa, kain yang diperlukan 4 hingga 5 meter bergantung kepada saiz pemakai. Ada juga yang saiz kecil hanya memerlukan 3.5 meter kain sahaja cukup untuk sehelai jubah.


Harga upah sehelai jubah muslimah design ini hanya rm35 tidak termasuk kain. Kami hanya mengambil tempahan dan tidak sediakan kain melainkan atas design tertentu atau request dari pelanggan. Kepada pelanggan yang berdekatan, boleh terus datang ke kedai kami. Manakala yang luar dari kawasan, sila buat penghantaran kain dan ukuran kepada kami menggunakan khidmat poslaju yang mengambil masa 1-3 hari sahaja..


Ukuran jubah adalah seperti dalam gambar diatas. Hubungi kami di 0166720389. Terima kasih.

Tempahan Seluar Slack


Untuk tempahan seluar jenis slack biasa, ukurannya adalah seperti berikut. Seluar slack jenis ini sesuai untuk kerja pejabat, untuk temuduga dan sebagai pakaian formal. Kain yang kami sediakan untuk seluar lelaki hanya satu jenis sahaja. Kainnya Hitam jenis licin dan tidak nipis. Kain jenis ini tidak gelebeh dan tidak berayun apabila ditiup angin.

Untuk keselesaan pelanggan, kami syorkan pelanggan cari kain sendiri di kedai-kedai kain seperti di Jakel, Kamdar, Nagoya dan kedai-kedai kain yang lain. Dan serahkan kain itu kepada kami bersama ukuran menggunakan poslaju atau hantar sendiri ke kedai kami. Untuk siapkan sehelai seluar slack lelaki, panjang kain yang diperlukan antara 2.5 meter hingga 3.5 meter bergantung kepada saiz pemakai. Hubungi kami di 0166720389 untuk pertanyaan dan tempahan.tq


Tempahan Baju Melayu

Baju Melayu



Tempahan baju melayu berdasarkan ukuran badan pelanggan. Tempahan baju melayu biasa seperti ini hanya memerlukan 4-5 meter kain bergantung kepada saiz pemakai. Kebiasaan pelanggan kami membawa kain sendiri dan hanya datang tempah dengan kami. Bergantung kepada pelanggan, ada yang bawa sekali dengan baju ukuran, ada juga yang inginkan ukuran badan mereka. 


Kepada pelanggan yang jauh atau luar dari kawasan ini, kami menggunakan khidmat poslaju. Pelanggan akan pos kain bersama baju ukuran kepada kami, dan kami akan siapkan dalam 2 minggu. Poslaju biasanya mengambil masa 1-3 hari sahaja. Jika tiada baju ukuran, pelanggan boleh ikut langkah-langkah ukuran mudah yang kami sediakan.


Jahitan tindih pada tempat-tempat yang penting untuk lebih tahan lasak dan kemas. Kami sangat menekankan kualiti jahitan bagi menjamin kepuasan pelanggan.



Pinggang seluar seperti dalam gambar, getah separuh bahagian belakang.





Jangka masa untuk menyiapkan sepasang baju melayu biasa kurang dari 2 minggu, bergantung pada tempahan dan musim-musim tertentu. Contoh musim perayaan mungkin akan ambil masa lebih dari itu. Untuk langkah-langkah tempahan dan sebarang pertanyaan, sila sms/whatsapp/call kami di 0166720389. 

Jangan risau, harga dari kami amat berpatutan..Terima kasih.

Jubah Muslimah

Proses menyiapkan jubah muslimah terus kepada pelanggan..zip belah depan, sesuai untuk ibu-ibu menyusu...saiz mengikut ukuran badan pelanggan..berminat boleh whatsapp 0166720389...dapatkan harga yang terendah dari kami..





Untuk tempahan dan pertanyaan, sila whatsapp 0166720389..tq

Kemeja Cotton


Kemeja cotton kami adalah dari kain cotton yang berkualiti, sangat selesai apabila dipakai. Design seperti dalam gambar ini tidak begitu rumit dan hanya mengambil masa 7hari sahaja untuk siap sepenuhnya bergantung kepada jumlah tempahan semasa.




Terdapat 8 warna pilihan yang kami sediakan buat masa ini.





Kami sedia menerima tempahan baju kemeja lelaki,baju melayu,jubah,blouse,seluar slack lelaki..Sila pm untuk tempahan dan pertanyaan@Hubungi>0166720389
Powered by Blogger.