PowerAll PBJS12000R Rosso Red/Black Portable Power Bank and Jumper Kereta

The PowerAll PBJS12000R Rosso merupakan power bank serbaguna yang menggabungkan 3 fungsi berbeza iaitu sebagai pengecas telefon, jumper kereta, dan berfungsi sebagai lampu LED. Kesemua fungsi ini hanya dalam satu alat padat dan mudah alih kerana saiznya sangat kecil,sekecil power bank biasa. Apa yang menariknya, Jumper Power  Bank ini bersaiz kecil tetapi mempunyai kuasa yang hebat, senang dibawa kemana-mana dengan hanya letak didalam poket seluar sahaja.




Power Bank dengan saiz padat ini senang dibawa ke tempat kerja, bersukan, berkelah dan mana-mana sahaja. Ianya boleh digunakan kepada pelbagai peranti elektronik anda seperti smartphone, tablet, pemain mp3, dan lain-lain lagi kerana set power bank ini lengkap dengan pelbagai soket/kepala untuk pelbagai jenis telefon dan alat elektronik lain. Ia dilengkapi dengan 2 slot USB port 5V yang boleh mengecas dua peranti berasingan dalam masa yang sama. Portable Power Bank ini dihasilkan dengan sistem penjagaan yang baik kerana apabila peranti atau alat elektronik dicas sepenuhnya ia secara automatik akan masuk ke dalam mod tidur supaya dapat memelihara bateri dari rosak.

Portable Power Bank Jumper Kereta

Apabila anda berdepan dengan masalah kehabisan bateri kereta atau bateri kereta anda rosak, sudah tentu akan membuat anda panik dan terpaksa meminta bantuan orang lain untuk jumper kereta anda. Bagaimana pula jika tiada sesiapa yang dapat membantu anda atau tiada orang lain yang boleh menolong anda mungkin sebab tiada wayar jumper dan sebagainya. Cara terakhir mungkin anda akan memanggil trak tunda yang akan mengenakan bayaran yang tinggi. Dengan adanya Portable Power Bank serba guna ini, sudah pasti tidak menjadi masalah, anda juga selamat dari pembaziran wang dan hanya beberapa saat sahaja kereta dapat dihidupkan. Bukan sahaja untuk diri anda, tetapi juga anda dapat membantu orang lain yang mempunyai masalah yang sama.

Dilengkapi Dengan Lampu LED

Lampu LED dengan Ultra-Terang ini mempunyai 3 mod pencahayaan iaitu lampu flash sekiranya berada dalam gelap dan strob terang untuk menarik perhatian, dan yang paling penting isyarat flash SOS yang bertahan sehingga 120 jam dalam kuasa penuh dan ianya sangat perlu apabila anda dalam kecemasan.

Dihasilkan Dengan Ciri-Ciri Keselamatan

PowerAll Portable Power Bank ini mempunyai pelbagai ciri perlindungan semasa untuk mengelakkan kerosakan litar, juga untuk mengelak dari litar pintas, menjaga dari kerosakan bekalan kuasa, perlindungan daripada kuasa bateri yang berlebihan iaitu perlindungan dari segi lebihan kuasa yang masuk ke dalam alat elektronik anda, bermakna lebihan voltan yang masuk akan distabilkan untuk menjaga peranti anda dari kerosakan.

Cara Penggunaan Powerall Power Bank Untuk Jumper Bateri Kereta 
1. Pastikan kapasiti bateri Power Bank anda melebihi 50% (Sekurang-kurangnya tiga lampu pada sisi power bank menyala).
2. Pasangkan wayar jumper ke dalam soket power bank dan dan sambungkan kepada bateri kenderaan anda pada sambungan yang betul.

PERINGATAN 1 :
Semasa melakukan penyambungan wayar jumper, pastikan wayar hitam di sambung pada tombol negatif dan wayar merah pada tombol positis pada bateri kenderaan anda. Elakkan kedua-dua wayar hitam dan merah dari bersentuhan untuk kerana ia boleh merosakkan peranti tersebut dan mungkin kenderaan anda, atau juga boleh mendatangkan kecederaan fizikal kepada anda sendiri sekiranya cuai semasa mengendalikannya.
PERINGATAN 2 :
Jika enjin kenderaan anda tidak dapat dihidupkan pada percubaan pertama, sila tanggalkan sambungan wayar dari bateri dengan serta merta dan tunggu sekurang-kurangnya 10 saat sebelum anda mulakan kembali percubaan seterusnya untuk mengelak dari kerosakan pada power bank atau bateri kenderaan anda. Setelah enjin berjaya dihidupkan, tanggalkan wayar jumper tersebut dengan segera.


Aksesori Yang Dibekalkan

1 x Jump Start Kabel
1 x USB kabel penyesuai
1 x iPhone 30 Pin Plug
1 x Mini USB Plug
1 x USB mikro Plug
1 x LG Plug
1 x Nokia Plug
1 x Samsung Plug
1 x Sony Ericsson Plug
1 x Song PSP Plug
1 x Pengecas AC
1 x DC pengecas

Portable Power Bank ini sangat unik kerana saiznya yang kecil tetapi mampu menghidupkan sebuah kenderaan yang besar. Berbeza dengan The Stanley 500 Amp bateri Jump Starter yang merupakan satu alat bateri jumper yang bersaiz besar yang sesuai disimpan didalam bonet kenderaan. Tetapi power bank ini boleh dimasukkan kedalam poket seluar sahaja dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. PowerAll PBJS12000R Rosso Red/Black Portable Power Bank ini boleh didapati secara online amazon.









iRobot Roomba 650 Vacuum, Robot Vacuum Pembersih Habuk, Serpihan Bijirin dan Bulu Haiwan Dalam Rumah

IROBOT ROOMBA 650 Vacuum Cleaning Robot atau senang disebut sebagai Robot Vacuum merupakan alat pembersih habuk, serpihan bijirin dan bulu haiwan peliharaan untuk kegunaan dalam rumah. Penjagaan kebersihan dalam rumah sangat penting terutamanya demi menjaga kesihatan kita sekeluarga. Debu habuk dan bulu haiwan terutamanya juga boleh membawa kepada pebagai penyakit antaranya sesak nafas yang mana ianya melibatkan organ pernafasan kita iaitu paru-paru. Begitu juga dengan bulu haiwan peliharaan seperti kucing yang boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit asma dan mereka yang alergi. Jangan hanya memikirkan untuk diri kita, malah fikirkan juga untuk orang lain seperti tetamu dan mungkin ada diantara mereka yang mengidap asma yang mana memerlukan oksigen dari udara yang bersih. Jika tidak, ia mungkin boleh memudaratkan lagi penyakit yang dihidapinya. Robot Vacuum adalah cara penyelesaian yang paling mudah dalam mengatasi masalah ini.

The ROOMBA 650 Vacuum Cleaning Robot atau robot vacuum memberikan kebersihan secara menyeluruh hanya dengan menekan satu butang yang tersedia. Sistem pembersihan merangkumi 3-peringkat antaranya, menyedut debu, bulu haiwan peliharaan dan serpihan besar seperti bijirin dan lain-lain. Penggunaannya juga cukup mudah kerana ia mampu bekerja dengan sendiri tanpa memerlukan tenaga manusia. Alat ini direka khas untuk membantu suri rumah atau isteri dalam menyiapkan kerja-kerja rumah seharian. Dengan adanya Robot Vacuum ini, beban kerja isteri dirumah dapat dikurangkan.

Penjadualan yang mudah
Roomba Robot Vacuum boleh menetapkan penjadualan untuk vakum sehingga tujuh kali seminggu bermakna rumah anda akan kekal bersih setiap hari secara automatik dan sentiasa bekerja seperti mana yang anda mahukan. 

Mengecas Sendiri
Roomba Robot Vacuum sentiasa bersedia dengan tenaga bateri yang cukup untuk melakukan kerja seperti yang diarahkan kerana ia secara automatik akan kembali ke Home Base iaitu tempat mengecas tenaga apabila memerlukan. 

>>iRobot Roomba 650 Vacuum Cleaning Robot<<



Bagi memastikan keseluruhan lantai dalaman rumah bersih, anda perlu memastikan bahawa setiap pintu bilik sentiasa terbuka supaya membolehkan Robot Vacuum masuk melakukan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh. Tetapi harus diingat, pintu yang secara tidak sengaja tertutup menyebabkan Robot Vacuum terperangkap kerana ia tidak direka untuk membuka pintu yang tertutup. Jadi, pastikan anda meninggalkan Roomba Robot Vacuum mudah melakukan tugasnya dalam keadaan yang anda mahukan.

Pada permulaan anda menggunakan Robot Vacuum mungkin anda perlu lebih kerap memeriksa tong sampah khas yang disediakan dalam robot vacuum itu kerana anda masih belum jangka tahap kekotoran habuk dan bulu haiwan dalam rumah anda. Mungkin dalam 1-2 jam tong sudah penuh jika sampah yang dipungut berlebihan. Apabila anda sudah tahu dan jangka semua itu, anda boleh menetapkan jadual masa pemeriksaan tong robot vacuum anda.

Roomba Robot Vacuum ini bukan sahaja boleh membersihkan lantai tetapi juga karpet, sofa dan memastikan tiada bulu-bulu haiwan dan rambut di mana-mana penjuru. Roomba adalah mesin pintar yang melakukan kerja pembersihan tanpa pengawasan. Roomba mampu melalui celah celah kaki meja dan kerusi serta disekitar ruang tamu dan dapur.

Kesimpulan yang boleh dibuat, penggunaan Roomba Robot Vacuum sangat berguna kerana anda tidak perlu risau tahap kebersihan di rumah anda walaupun anda mempunyai haiwan peliharaan berbulu yang ramai. Manusia memerlukan rehat yang cukup untuk kembali memulakan sesuatu pekerjaan, begitu juga dengan Roomba. Tetapi apa yang menarik, Robot boleh disetkan seperti yang kita mahukan dan ia akan melakukan kerja tanpa rasa bosan dan alasan. Jadi, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan Roomba Robot Vacuum sepanjang masa walaupun anda sudah mempunyai seorang pembantu rumah.

iRobot Roomba 650 Vacuum Cleaning Robot boleh didapati di mana-mana kedai terpilih dan paling senang sila dapatkan secara online DISINI
















Powered by Blogger.