Showing posts with label REKAAN KREATIF. Show all posts
Showing posts with label REKAAN KREATIF. Show all posts

Rekaan Vest Untuk Anjing Peliharaan


Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram." 
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat. 
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi) sumber>>http://halaqah.net/
Itu cuma mukadimah untuk perbetulkan fakta sesat segelintir masyarakat beragama islam yang kurang faham isu anjing.

Rekaan Vest untuk anjing peliharaan

Anjing sama juga seperti haiwan lain seperti kucing yang merupakan haiwan peliharaan manusia. Mereka juga mahukan keselesaan dan keselamatan dalam kehidupan seharian. Bela anjing tidak salah, jika ada tujuan yang baik. Contonya, anjing buruan, yang digunakan untuk memburu atau anjing untuk menjaga harta benda. 



Vest ini dihasilkan dalam pelbagai saiz, dan pelanggan boleh mohon saiz yang diinginkan jika saiz yang tersedia tiada yang sepadan.



Kaedah pemakaian yang mudah menggunakan butang dan zip di bahagian belakang. Lengkap dengan penyangkut untuk pasang tali dan tidak perlu diikat pada leher anjing untuk dibawa kemana-mana.





Vest untuk anjing memang jarang dilihat dan mungkin juga sukar dicari. Ianya boleh didapati di kedai-kedai aksesori haiwan tertentu atau juga secara online di laman web amazon.




Rekaan Meja Laptop Dengan Idea Kreatif

Meja laptop juga agak penting kerana pada saya sendiri juga merasakan perkara yang sama. Setiap hari saya mengadap laptop, saya mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam setiap hari untuk mengadap laptop dalam menyiapkan artikel dalam blog. Saya cuba bayangkan jika ada meja laptop yang mana kita dapat menggunakannya dalam apa jua keadaan kerana ianya boleh dilaras atau dibengkokkan ikut kesesuaian dan keselesaan.

Kali ini saya kongsikan 1 rekaan meja laptop yang sangat bagus walaupun nampak ringkas. Ini adalah rekaan kreatif yang dicipta memberi kemudahan kepada pengguna laptop. Saiz yang kecil senang untuk dipindahkan kemana-mana tempat dalam pelbagai posisi dan mudah digunakan. 







Papan boleh dilaras mengikut kesesuaian dengan kedudukan dan keselesaan kita. Ianya boleh diubah bila-bila masa sahaja dengan hanya memutarkan pelaras yang disediakan. Rekaan ini boleh didapati secara online di amazon.


 Tiangnya boleh dilaraskan samada untuk tinggikan atau rendahkan mengikut keselesaan.



Rekaan ini tidak menyediakan kerusi, tetapi mempunyai roda yang membolehkan ianya digerakkan kemana sahaja. Contoh diruang tamu yang ada sofa, duduk atas sofa dengan selesa dan laraskan meja laptop mengikut keselesaan.

Sarung Bantal Cantik [10 GAMBAR]

Sarung bantal boleh didapati di mana-mana pasaraya, pasar malam, pasar minggu atau secara online. Harga sudah tentu ada yang mahal dan murah bergantung kepada design, corak bantal, jenis kain, saiz bantal, jenis bantal samada kekabu atau benda lain yang digunakan, semua itu mempengaruhi harga. Nasihat saya untuk lebih jimat, belajar cara-cara buat sarung bantal dengan sesiapa saja yang berkemahiran dalam jahitan dan buat sendiri di rumah. Buat sarung bantal tidak sesukar buat atau jahit baju. Potongan dan jahitan sarung bantal ni sebenarnya cukup ringkas, cuma perlukan sedikit kemahiran dan kreativiti agar potongannya sepadan dengan saiz bantal dan nampak menarik. Siapa tahu suatu hari nanti boleh jadi pengeluar pelbagai jenis sarung bantal, didorong pula dengan minat yang mendalam. Boleh buat sarung bantal bayi, sarung bantal peluk, sarung bantal sofa dan macam-macam lagi boleh dihasilkan.

Walaupun rekaan sarung bantal yang cantik sekadar hiasan, tetapi sebenarnya ia juga ibarat suatu penampilan dan gaya hidup kita. Rekaan atau hiasan sarung bantal cantik dan menarik boleh memberi keselesaan mungkin dari segi emosi, secara jelasnya boleh menambah mood kita. Sebagai contoh, jika diberi pilihan 2 biji bantal yang mana satu daripadanya mempunyai corak dan warna yang menarik manakala satu lagi biasa sahaja, sudah tentu kita akan memilih bantal yang lebih cantik walaupun sebenarnya bantal jenis yang sama. Mungkin pada kaum lelaki soal pemilihan sarung bantal tidak dipandang serius tetapi untuk wanita pemilihan sangat perlu.

Antara blog yang sudi share toturial cara-cara jahit sarung bantal, atau buat sarung bantal sendiri dirumah. >> serihati-kraf, craftbymood, dan haidahandmade. 

10 gambar bantal dengan design sarung bantal cantik














Hiasan Dapur Dengan Idea Rekaan Langsir Dapur yang pelbagai

Hiasan dapur sangat penting kerana disitulah tempat kita memasak dan juga tempat kita makan. Persekitaran dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih untuk keselesaan sepanjang kita berada di dapur. Antara hiasan dapur yang paling utama yang memain peranan dalam menentukan keselesaan ialah langsir dapur.

Hiasan langsir dapur bukanlah suatu perkara yang remeh, kerana ianya juga mencerminkan sikap dan cara hidup kita. Dengan rekaan dan hiasan langsir yang cantik, suasana ruangan dapur akan kelihatan lebih berseri dan meriah. Walaupun begitu, pemilihan jenis langsir dapur hendaklah bersesuaian dengan persekitaran atau suasana dapur, seperti warna dinding ruangan dapur dan juga keluasan dapur.



Warna Langsir Menentukan Keluasan Dapur

Sebenarnya pemilihan warna langsir sangat penting dan memain peranan dalam menentukan keluasan dapur, 'pada pandangan kita'. Contoh, langsir yang bewarna gelap dipasang pada tingkap ruangan dapur yang kecil. Sudah tentu ianya tidak sesuai, kerana pada ruangan yang kecil seharusnya dihiasi dengan warna-warna yang cerah dan terang supaya nampak lebih luas dan selesa. Begitu juga pada corak langsir, design langsir, ketebalan kain langsir, semuanya memain peranan masing-masing.

Buat pemilihan langsir dapur anda dengan teliti, dapatkan langsir yang sesuai dari segi warna, corak, rekaannya dan harga yang bersesuaian dengan kemampuan. Cadangan saya untuk lebih menjimatkan, belajar buat langsir sendiri atau jahit langsir sendiri. Sekarang cukup ramai anak muda yang mempunyai kemahiran dalam jahitan pakaian termasuk langsir. Ramai juga yang share di media-media sosial dan blog bagaimana cara-cara jahit langsir yang diterangkan secara tutorial dan mungkin juga dalam bentuk video.


Berikut saya kongsi sedikit gambar contoh rekaan langsir dapur dengan idea yang pelbagai, sedikit sebanyak boleh memberi semangat untuk kita dalam usaha menghiasi suasana ruangan dapur supaya nampak lebih meriah dan selesa.












Powered by Blogger.