Showing posts with label TEMPAH PAKAIAN. Show all posts
Showing posts with label TEMPAH PAKAIAN. Show all posts

Tempahan Jubah Muslimah Mengikut Design Pelanggan

Ini salah satu jubah design yang telah kami hasilkan. Design jubah ini lebih ringkas, dan sesuai untuk mereka dalam lingkungan umur 35-55 tahun kerana potongannya agak longgar dan lebih selesa dipakai. Panjang kain yang diperlukan untuk menyiapkan sehelai jubah dewasa sama juga seperti jubah-jubah kami yang lain iaitu 3.5-4.5 meter.

Harga upah jubah sebegini cukup murah, hanya rm45 sahaja. Melainkan jika pelanggan ingin ubahsuai lagi untuk kelihatan lebih menarik, maka kami akan nilai balik harga yang berpatutan dengan design yang diinginkan.




Jika berminat, boleh segera hubungi kami di talian 0166720389, whatsapp/sms juga diterima. Terima kasih.

Jubah Muslimah Leher Mahkota

Jubah muslimah dengan leher mahkota. Potongan jubah seperti ini tidak jauh beza dari jubah-jubah design kami yang lain, cuma sedikit kelainan pada potongan leher. 



Bahagian bawah dijahit bunga sulaman. Bunga sulaman mudah didapati di kedai-kedai yang menjual alatan jahitan. Biasanya harga bunga sulaman seperti ini hanya rm12 semeter. Cuma harga manik bulaci ini agak mahal tetapi bergantung kepada pemakai, lagi banyak bunga lagi banyak kena keluarkan modal.





Sehelai jubah design ini tanpa manik dan bunga sulaman, kami hanya ambil upah rm55 sahaja dan tidak termasuk kain. Harga ini mungkin berubah-ubah bergantung kepada pasaran semasa.. 


Saiz kaf tangan bergantung kepada kehendak pelanggan, ada yang suka kecil ada juga yang lebih suka besar. Untuk dapatkan harga istimewa dari kami, sila sms/whatsapp/call 0166720389..Terima kasih.

Jubah Muslimah Slim Fit

Jubah muslimah slim fit seperti dalam gambar dibawah biasa digemari oleh gadis-gadis atau remaja. Mereka lebih suka jubah yang fit ikut badan. Bahagian lengan agak sendat hingga ke pergelangan tangan.




Potongan dan jahitan jubah design ini agak ringkas. Zip belah belakang dan leher biasa seperti leher baju kurung. Seperti biasa, kain yang diperlukan 4 hingga 5 meter bergantung kepada saiz pemakai. Ada juga yang saiz kecil hanya memerlukan 3.5 meter kain sahaja cukup untuk sehelai jubah.


Harga upah sehelai jubah muslimah design ini hanya rm35 tidak termasuk kain. Kami hanya mengambil tempahan dan tidak sediakan kain melainkan atas design tertentu atau request dari pelanggan. Kepada pelanggan yang berdekatan, boleh terus datang ke kedai kami. Manakala yang luar dari kawasan, sila buat penghantaran kain dan ukuran kepada kami menggunakan khidmat poslaju yang mengambil masa 1-3 hari sahaja..


Ukuran jubah adalah seperti dalam gambar diatas. Hubungi kami di 0166720389. Terima kasih.

Tempahan Seluar Slack


Untuk tempahan seluar jenis slack biasa, ukurannya adalah seperti berikut. Seluar slack jenis ini sesuai untuk kerja pejabat, untuk temuduga dan sebagai pakaian formal. Kain yang kami sediakan untuk seluar lelaki hanya satu jenis sahaja. Kainnya Hitam jenis licin dan tidak nipis. Kain jenis ini tidak gelebeh dan tidak berayun apabila ditiup angin.

Untuk keselesaan pelanggan, kami syorkan pelanggan cari kain sendiri di kedai-kedai kain seperti di Jakel, Kamdar, Nagoya dan kedai-kedai kain yang lain. Dan serahkan kain itu kepada kami bersama ukuran menggunakan poslaju atau hantar sendiri ke kedai kami. Untuk siapkan sehelai seluar slack lelaki, panjang kain yang diperlukan antara 2.5 meter hingga 3.5 meter bergantung kepada saiz pemakai. Hubungi kami di 0166720389 untuk pertanyaan dan tempahan.tq


Tempahan Baju Melayu

Baju Melayu



Tempahan baju melayu berdasarkan ukuran badan pelanggan. Tempahan baju melayu biasa seperti ini hanya memerlukan 4-5 meter kain bergantung kepada saiz pemakai. Kebiasaan pelanggan kami membawa kain sendiri dan hanya datang tempah dengan kami. Bergantung kepada pelanggan, ada yang bawa sekali dengan baju ukuran, ada juga yang inginkan ukuran badan mereka. 


Kepada pelanggan yang jauh atau luar dari kawasan ini, kami menggunakan khidmat poslaju. Pelanggan akan pos kain bersama baju ukuran kepada kami, dan kami akan siapkan dalam 2 minggu. Poslaju biasanya mengambil masa 1-3 hari sahaja. Jika tiada baju ukuran, pelanggan boleh ikut langkah-langkah ukuran mudah yang kami sediakan.


Jahitan tindih pada tempat-tempat yang penting untuk lebih tahan lasak dan kemas. Kami sangat menekankan kualiti jahitan bagi menjamin kepuasan pelanggan.



Pinggang seluar seperti dalam gambar, getah separuh bahagian belakang.





Jangka masa untuk menyiapkan sepasang baju melayu biasa kurang dari 2 minggu, bergantung pada tempahan dan musim-musim tertentu. Contoh musim perayaan mungkin akan ambil masa lebih dari itu. Untuk langkah-langkah tempahan dan sebarang pertanyaan, sila sms/whatsapp/call kami di 0166720389. 

Jangan risau, harga dari kami amat berpatutan..Terima kasih.

Jubah Muslimah

Proses menyiapkan jubah muslimah terus kepada pelanggan..zip belah depan, sesuai untuk ibu-ibu menyusu...saiz mengikut ukuran badan pelanggan..berminat boleh whatsapp 0166720389...dapatkan harga yang terendah dari kami..





Untuk tempahan dan pertanyaan, sila whatsapp 0166720389..tq

Kemeja Cotton


Kemeja cotton kami adalah dari kain cotton yang berkualiti, sangat selesai apabila dipakai. Design seperti dalam gambar ini tidak begitu rumit dan hanya mengambil masa 7hari sahaja untuk siap sepenuhnya bergantung kepada jumlah tempahan semasa.




Terdapat 8 warna pilihan yang kami sediakan buat masa ini.





Kami sedia menerima tempahan baju kemeja lelaki,baju melayu,jubah,blouse,seluar slack lelaki..Sila pm untuk tempahan dan pertanyaan@Hubungi>0166720389
Powered by Blogger.