Tempahan Baju Melayu

Baju Melayu



Tempahan baju melayu berdasarkan ukuran badan pelanggan. Tempahan baju melayu biasa seperti ini hanya memerlukan 4-5 meter kain bergantung kepada saiz pemakai. Kebiasaan pelanggan kami membawa kain sendiri dan hanya datang tempah dengan kami. Bergantung kepada pelanggan, ada yang bawa sekali dengan baju ukuran, ada juga yang inginkan ukuran badan mereka. 


Kepada pelanggan yang jauh atau luar dari kawasan ini, kami menggunakan khidmat poslaju. Pelanggan akan pos kain bersama baju ukuran kepada kami, dan kami akan siapkan dalam 2 minggu. Poslaju biasanya mengambil masa 1-3 hari sahaja. Jika tiada baju ukuran, pelanggan boleh ikut langkah-langkah ukuran mudah yang kami sediakan.


Jahitan tindih pada tempat-tempat yang penting untuk lebih tahan lasak dan kemas. Kami sangat menekankan kualiti jahitan bagi menjamin kepuasan pelanggan.



Pinggang seluar seperti dalam gambar, getah separuh bahagian belakang.





Jangka masa untuk menyiapkan sepasang baju melayu biasa kurang dari 2 minggu, bergantung pada tempahan dan musim-musim tertentu. Contoh musim perayaan mungkin akan ambil masa lebih dari itu. Untuk langkah-langkah tempahan dan sebarang pertanyaan, sila sms/whatsapp/call kami di 0166720389. 

Jangan risau, harga dari kami amat berpatutan..Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.