Rekaan Meja Laptop Dengan Idea Kreatif

Meja laptop juga agak penting kerana pada saya sendiri juga merasakan perkara yang sama. Setiap hari saya mengadap laptop, saya mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam setiap hari untuk mengadap laptop dalam menyiapkan artikel dalam blog. Saya cuba bayangkan jika ada meja laptop yang mana kita dapat menggunakannya dalam apa jua keadaan kerana ianya boleh dilaras atau dibengkokkan ikut kesesuaian dan keselesaan.

Kali ini saya kongsikan 1 rekaan meja laptop yang sangat bagus walaupun nampak ringkas. Ini adalah rekaan kreatif yang dicipta memberi kemudahan kepada pengguna laptop. Saiz yang kecil senang untuk dipindahkan kemana-mana tempat dalam pelbagai posisi dan mudah digunakan. 







Papan boleh dilaras mengikut kesesuaian dengan kedudukan dan keselesaan kita. Ianya boleh diubah bila-bila masa sahaja dengan hanya memutarkan pelaras yang disediakan. Rekaan ini boleh didapati secara online di amazon.


 Tiangnya boleh dilaraskan samada untuk tinggikan atau rendahkan mengikut keselesaan.



Rekaan ini tidak menyediakan kerusi, tetapi mempunyai roda yang membolehkan ianya digerakkan kemana sahaja. Contoh diruang tamu yang ada sofa, duduk atas sofa dengan selesa dan laraskan meja laptop mengikut keselesaan.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.