VIDEO BABY MONITOR Alat Pantau Bayi Dari Jauh

Video Baby Monitor adalah satu alat yang direka khas untuk ibu-ibu, suri rumah dan pengasuh bayi bagi memudahkan urusan harian dirumah. Penggunaan alat ini sangat sesuai untuk memantau bayi semasa tidur sementara pengasuh atau ibu berada didapur atau diruang tamu. Paparan lensa dan warna yang jelas lengkap dengan suara memudahkan pantauan dengan lebih yakin.

Video Baby Monitor Adalah Alat Keselamatan Bayi 



Alat pantau bayi seperti ini sangat penting bukan sahaja bagi memudahkan kerja-kerja harian para ibu atau pengasuh tetapi juga menjamin keselamatan bayi. Walaupun sibuk melakukan kerja dapur dan tidak sempat melihat skrin tetapi boleh mendengar tangisan bayi. Alat ini jelas sekali tidak menyusahkan kerana kita tidak perlu melihat skrin sepenuh masa kerana suara atau tangisan bayi cukup untuk menyedarkan kita tentang keadaan dan keselamatan bayi

Dengan saiz sekecil 3.5" senang untuk menempatkan dimana-mana bahagian didapur atau diruang tamu. Lengkap dengan fungsi penglihatan malam yang menggunakan infrared memudahkan penggunaan diwaktu malam dan gelap. Selain itu, alat ini juga dilengkapi dengan sensor suhu dan banyak lagi fungsi lain sebagai penyokong. Ketahanan bateri mampu mencapai sehingga 10jam pada mode penjimatan kuasa dan 6jam jika penggunaan yang berterusan.

Untuk memiliki alat ini, anda mungkin boleh cari di kedai-kedai khas yang menjual peralatan bayi, pasaraya terpilih, kedai kamera dan kedai yang menjual alatan elektronik. Atau juga boleh dapatkannya secara online di laman web shopping online terbesar amazon.com. Mungkin juga boleh dikenali dengan cctv keselamatan bayi atau kamera keselamatan bayi.






Lensa kamera dijual secara berasingan

3 jenis lensa kamera yang dijual secara berasingan, mempunyai ciri-ciri atau fungsi berlainan antaranya lensa untuk jarak dekat, lensa untuk penglihatan jarak jauh dan lensa dengan sudut lebar(Wide Angle). Pemilihan lensa atau kanta yang pelbagai fungsi untuk kesesuaian bilik bayi masing-masing dan dari pandangan seperti yang anda mahukan.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.