Tudung Kanak-kanak MyLove Premium Hasil Gubahan Kreatif

Allah SWT berfirman :

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumur (jilbab)nya ke dadanya”. (QS. An-Nur : 30-31) Sumber: www.dakwatuna.com

Daripada maksud ayat diatas jelas sekali menegaskan tentang kewajiban menutup aurat lagi-lagi wanita. Anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa,segala tingkah laku termasuk cara pemakaian yang perlu dididik dari awal. Pemakaian tudung adalah wajib bagi seorang wanita bagi menjaga kehormatan dan auratnya dari dilihat oleh laki-laki yang bukan muhrim. Rekaan tudung yang cantik dan pelbagai warna mungkin mampu memberi minat kepada kanak-kanak untuk mula memakai tudung seawal usia lagi.

Tudung Kanak-kanak 'My Love Premium'  ini adalah hasil gubahan tudung mylove sebelum ini. Rekaan sedodon dua beradik diinspirasikan dengan harapan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara adik dan kakak. Tudung ini mudah dipakai dan sangat sesuai ke mana-mana sahaja seperti menghadiri majlis-majlis atau juga untuk anak-anak ke kelas mengaji al-Quran.

Rekaan tudung Mylove Premium ini dihasilkan menggunakan kain jenis Cotton Prada Asli berkualiti Korea memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang memakainya. 


"Dapatkan Tudung Mylove Premium dengan harga istimewa yang ditawarkan oleh tudungsicomel"



SAIZ
Tudung ini dihasilkan dengan 3 size;
>> Size Bayi sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 2 tahunLilit muka: 16 inci dan Labuh dari dagu: 10 inci.
>> Size XS sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 4 tahun. Model si adik kita berusia 2 tahun sebulan. Lilit muka: 18 inci dan Labuh dari dagu: 12 inci.
>> Size SS sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 8 tahun. Model kita berusia 5 dan 7 tahunLilit muka: 20 inci dan Labuh dari dagu: 14 inci.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

1 comments:

  1. okeh.

    memang comel habis budak-bduak tu kann..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

 

© 2013 Rohimah Design. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top