Cover Power Bank Premium untuk iPhone 5s


Power Bank merupakan external batery iaitu bateri tambahan yang digunakan sebagai alat bantuan semasa kehabisan bateri telefon. Setiap sesuatu ciptaan atau alat sudah tentu ada kelebihan dan juga kekurangannya. Power Bank yang biasa kita guna sedikit membebankan kerana seperti kita membawa dua telefon dan agat berat. Dengan ciptaan Premium iPhone 5S Power Bank Cover , bukan sekadar cover biasa tetapi juga merupakan bateri tambahan iaitu power bank untuk kegunaan iPhone 5S.


Power Bank Case Untuk iPhone 5S adalah keluaran Jackery®


Jackery® merupakan sebuah syarikat terkemuka yang telah menghasilkan pelbagai produk inovatif yang berkualiti tinggi dengan teknologi terkini untuk telefon pintar dan tablet. Premium Power Bank Case Phone membuatkan iPhone 5S anda mampu bekerja dan berfungsi dengan lebih lama tanpa anda rasa terbeban kerana saiz cover agak nipis dan juga berfungsi sebagai power bank.

Penghasilan dengan teknologi canggih memberi pengecasan yang sangat laju, cover telefon power bank juga dilengkapi dengan lapisan litar keselamatan yang baik. Ianya terhasil dengan dua warna pilihan yang cantik dan mudah dibawa kemana-mana sahaja tanpa rasa terbeban. Keluarannya disahkan oleh Apple MFI dan sesuai dengan semua versi iOS. Power bank case telefon iPhone 5S ini boleh didapati di mana-mana cawangan apple smartphone terpilih dan secara online di amazon.












No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.